4 record(s) found
Dalam siri keempat penyiasatan Sherlock Holmes kali ini beliau menyiasat satu kes pembunuhan yang rumit. Pembunuhan dilakukan oleh satu puak yang kejam. Seorang wanita dibunuh hanya kerana wanita itu tidak mahu mengahwini salah seroang lelaki dari puak itu.
Buku ini adalah terjemahan dari karya asal Sir Arthur Conan Doyle.
Sebuah lagi karya Sir Arthur Conan Doyle yang mengisahkah siasatan satu pembunuhan di Kota London. Sherlock Holmes, detektif perunding yang dibantu oleh rakannya Dr. John Watson membongkar pembunuhan di Pondicherry Logde serta kehilangan harta karun yang berasal dari Agra, India. Apa kaitan pembunuhan dengan kehilangan harta karun dan penceroboh yang berkaki kayu dan orang gasar dari Kepulauan Andaman? Kisah kesetiaan kawan kepada perjanjian dan tamak haloba terhadap harta kekayaan yang bermula semasa peristiwa Pemberontakan di India dan berakhir dengan adegan kejar-mengejar bot laju di Sungai Thames, London.
Sherlock Holmes seorang detektif fiksyen terkenal pada akhir kurun ke-20. Dia mula dikenali dalam dunia penerbitan pada 1887. Sherlock Holmes adalah watak ciptaan seorang penulis dan ahli perubatan kelahiran Scotland, Sir Arthur Conan Doyle. Holmes terkenal kerana kebolehan luar biasanya dalam menyelesaikan kes-kes berat. Conan Doyle menulis 4 novel dan 56 cerita pendek yang mengandungi Holmes. Hampir kesemua cerita kecuali 4 disampaikan dalam bentuk cerita oleh rakan Holmes dan penulis biografinya iaitu Dr. John H. Watson. 2 Cerita disampaikan oleh Holmes sendiri manakala 2 cerita lagi ditulis oleh orang ketiga. Bagi buku yang kita tatap ini disampaikan oleh Dr. John H. Watson. Cerita pertamanya muncul dalam bentuk cerprn di Beeton’s Christmas Annual pada tahun 1887. Walaubagaimanapun, karekter itu mula terkenal dengan permulaan siri pertama cerpen, The Strand magazine pada tahun 1891. Kes Sherlock Holmes yang diceritakan merangjkumi tahun 1878 hingga 1914.