Digital Archive of Singapore Malay Theatre

141 work(s) listed.

1
Ada api ada asap
Nongchik Abdul Gani
Manuscript
Drama ini mengisahkan tentang Bidin, seorang saudagar berlian yang juga merupakan seorang duda yang mempunyai empat orang anak. Setelah bercerai dengan isteri pertamanya, Bidin telah mengahwini Rosnah, orang gajinya. Setelah dua tahun berumahtangga dengan Rosnah, Bidin diberitahu bahawa dia akan menjadi ayah sekali lagi. Bidin merasa sangsi terhadap Rosnah kerana Bidin tahu dia tidak mungkin boleh mendapat anak lagi.


2
Panca indra
Ramli Ahmad
Manuscript
Busu telah diserang oleh anak Demang dan kawan-kawannya. Tangannya telah dipotong. Hitam, Anjang dan Udin tidak faham dengan tindakan penyerang-penyerang Busu yang kejam, kerana Busu tidak pernah buat angkara. Hitam, Anjang dan Udin ingin membalas dendam tetapi tidak terdaya.


3
Guna2 laki tua
A.D. Jasmin
Manuscript
Budin adalah seorang Bomoh. Walaupun isteri dan anaknya tidak menyetujui perbuatannya, Budin tetap teruskan kerjanya. Bermacam orang datang berjumpa Bomoh Budin, termasuk Jenap dan Jemah. Mereka telah diberi pil oleh Bomoh Budin yang membuatkan perut mereka kembung. Ahli keluarga Jenap dan Jemah datang menyerang Bomoh Budin kerana menyangka Budin telah berkelakuan sumbang terhadap mereka.


4
Sangkar madu
Siagian, Bachtiar
Manuscript
Nesia dan Swastika adalah penghuni di sebuah pulau. Mereka hidup bahagia di pulau itu tanpa manusia lain. Nesia kemudian menjumpai seorang pemuda tampan yang terdampar di pantai. Apabila Swastika sedar bahawa pemuda itu masih hidup, ditikamnya mata pemuda itu demi untuk melarangnya melihat Nesia. Swastika tidak mahu cintanya di saingi. Walaupun buta, pemuda yang disebut Sibuta masih dapat menawan hati Nesia. Kerana cemburu, Swastika akhirnya membunuh Sibuta.


5
Ben Go Tun : sandiwara satu babak empat belas adegan
Saini K. M.
Manuscript
Drama ini berkisar sekelilingi kios rokok Amat. Di sini Amat berinteraksi dengan bermacam jenis orang, seperti Tukang Jahit yang kehilangan pakaian, seorang pesakit hospital gila yang berpakaian seperti seorang general, Dukun iaitu seorang penipu, dan bermacam-macam watak yang lain.


6
Cek Mek Bunga Tanjung
Hafiza Talib
Manuscript
Pementasan jenaka ini berkisar tentang Cek Mek, seorang perempuan joget dari Bunga Tanjung. Cek Mek sangat dikenali ramai. Lelaki-lelaki tergila-gilakannya, sementera perempuan-perempuan cemburu dengannya. Cek Mek dituduh berkelakuan serong. Apakah yang akan terjadi kepada Cek Mek?


7
Raja Dewa Angkasawan dan Raja Dang Dut
M. Saffri A. Manaf (Mohammed Saffri Abdul Manaf), 1952-
Manuscript
Bangsawan jenaka ini berkisar tentang Raja Dang Dut yang beristeri tiga. Selain dari itu, Raja Dang Dut juga mempunyai banyak tabiat yang kurang baik. Oleh kerana itu, Raja Dewa Angkasawan yang bertakhta di kayangan, ingin memutuskan nyawa Raja Dang Dut. Orang-orang besar kayangan merayu kepada Raja Dewa Angkasawan supaya memberi Raja Dang Dut masa untuk bertaubat. Raja Dewa Angkasawan setuju dan memberi Raja Dang Dut sepurnama untuk merubah kelakuannya.


8
Cinta
Nongchik Abdul Gani
Manuscript
Drama ini mengisahkan tentang, perkahwinan. Laila, seorang janda berumur 55 tahun ingin berkahwin dengan Talib, seorang jejaka berumur 30 tahun. Musa, anak sulung Laila ingin berkahwin dengan Junaidah, kawan adiknya Jamal. Dan Jamal pula ingin berkahwin dengan Suzy.


9
Puan
Nurbuana
Manuscript
Drama ini mengisahkan tentang dua orang adik beradik Khadijah dan Rosdin, yang hidup di bawah jagaan dan konkongan Puan Zaharah, mak cik mereka. Kerana tidak dapat menahan lagi sengsara mereka, Khadijah dan Rosdin memutuskan untuk membunuh Puan Zaharah.


10
Andartu
Jasmin Ahmad
Manuscript
Andartu memaparkan kisah Dr. Mapuah, seorang andartu atau anak dara tua. Oleh kerana dia berpelajaran dan berkedudukan, ibubapa Mapuah telah menolak banyak lamaran-lamaran untuknya. Dr. Mapuah juga memandang rendah terhadap lelaki Melayu. Tetapi hatinya mula terbuka apabila melihat adiknya Mapeah bahagia di samping suami dan anak-anak.


11
Ribut pagi
Nongchik Abdul Gani
Manuscript
Rumahtangga Mariam dan Daud tidak bahagia. Setelah melahirkan anaknya Jamilah, Mariam merasa murung dan terabai. Dia tidak lagi menghiraukan anak atau keadaan rumahtangganya. Daud pula sering mencari alasan untuk keluar rumah setelah pulang dari kerja. Setelah dinasihati oleh Makcik Salmah, dapatkah Mariam dan Daud merukunkan rumahtangga mereka?


12
Hakimulkarim
Nadiputra, 1946-
Manuscript
Drama ini mengisahkan tentang sebuah kes pembunuhan. Ahad dituduh membunuh Salleh. Salleh dan Rustam sedang berlatih berlakon dalam satu babak pergaduhan. Ahad, yang menyangkakan bahawa itu adalah suatu pergaduhan yang benar-benar berlaku, telah menikam Salleh untuk menyelamatkan Rustam. Ahad kemudian menyerah diri kepada polis dan sanggup menerima hukuman walaupun pembunuhan itu tidak disengajakan.


13
Randai Tun Ahmad
Sriwana
Manuscript
Randai Tun Ahmad adalah sebuah tari drama yang mengisahkan tentang dilemma yang dihadapi oleh Hang Tuah tentang hantaran yang dituntut oleh Puteri Gunung Ledang. Di antara tuntutannya adalah semangkuk darah Tun Ahmad, putera kepada Sultan Mahmud. Adakah sanggup Hang Tuah melakukan kehendak Puteri Gunung Ledang itu?


14
Aku yang ternoda
Jasmi Ahmad
Manuscript
Azura, anak Cik Joyah dan Lebai Moin telah mengandung akibat diperkosai oleh Zack. Lebai Moin telah mengarah Mamat supaya membelasah Zack. Azura marah dengan perbuatan ayahnya membelasah teman lelakinya dan melarikan diri dari rumah. Beberapa bulan kemudian Cik Joyah dan Lebai Moin terdengar berita tentang seorang bayi yang dibuang. Rupa-rupanya, bayi itu adalah anak Azura, yang kini ditahan pihak polis.


15
Nurul Hidayat
Hafiza Talib
Manuscript
Bangsawan Nurul Hidayat ini mengisahkan tentang percintaan di antara Tengku Shahrul Yazid (Tengku Mahkota) dan Siti Nasriyah. Tengku Mahkota telah meminang Siti Nasriyah. Walaupun Siti Nasriyah cinta padanya, dia terpaksa menolak lamaran Tengku Mahkota kerana kakaknya Siti Azifah masih belum berkahwin. Siti Azifah pula menyimpan dendam terhadap adiknya. Dia mengupah dua orang untuk menghumbankan adiknya di dalam sebuah perigi di hutan. Sementara itu, Tengku Mahkota yang kecewa telah pulang ke istananya di mana dia diberitahu oleh ayahnya Tuanku Sahibul Yazam bahawa dia akan mengahwini Puteri Cahaya Khairani. Setelah bernikah dengan Tuanku Sahibul Yazam, Puteri Cahaya Khairani memfitnahkan Tengku Mahkota hingga dia dibuang negeri. Semasa dalam buangan, Tengku Mahkota telah menyelamatkan Siti Nasriyah dan mengahwininya. Dalam pada itu, ayahnya Tuanku Sahibul Yazam telah dipenjarakan oleh Puteri Cahaya Khairani kerana dia ingin merampas kuasa. Dengan nasihat Siti Nasriyah, Tengku Mahkota dapat merampas kembali takhta ayahnya setelah dia menyerang kuncu-kuncu Puteri Cahaya Khairani. Dia kemudian membebaskan Tuanku Sahibul Yazam dari penjara. Tuanku Sahibul Yazam merasa kesal and meminta maaf dari anaknya, Tengku Mahkota.


16
Mashitah
Rosidi, Ajip, 1938-
Manuscript
Drama ini berlatarbelakangkan zaman Firaun, sebelum kedatangan Nabi Musa. Ia mengisahkah tentang Mashitah, seorang hamba di istana Firaun. Mashitah telah didengari oleh anak Firaun menyebut nama Allah sewaktu di istana. Ini menyebabkan keluarganya ditangkap kerana tidak mengakui Firaun sebagai tuhan.


17
Sari derhaka
Sriwana
Manuscript
Tengku Muda menaruh hati terhadap Siti Hanum, isteri Megat Terawis. Untuk membahagiakan anaknya Tengku Muda, Sultan memaksa Megat Terawis menceraikan Siti Hanum supaya dapat Tengku Muda mengahwininya. Walaupun Megat dengan rela mengikut perintah Sultan, adiknya Megat Sari ingin membalas dendam terhadap Sultan yang zalim.


18
Jiwa
Nik Fatimah Ismail
Manuscript
Drama ini berkisar tentang Suhana, seorang gadis yang menghidapi tekanan jiwa. Suhana menerima rawatan dari Doktor Ahmad, yang akhirnya dapat membongkar rahsia mengapa Suhana mengalami tekanan jiwa yang parah.


19
Nyai Dasimah
Jah Lelawati
Manuscript
Baba Semiun meminta izin dari isterinya Hayati untuk mengambil Nyai Dasimah sebagai isteri yang kedua. Niatnya adalah untuk membalas dendam terhadap Nyai Dasimah yang telah memalukannya di khalayak ramai. Baba Semiun minta pertolongan Haji Selihon, seorang bomoh, untuk menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan Nyai Dasimah supaya dia setuju berkahwin dengannya. Niat Baba Semiun adalah untuk membolot harta Nyai Dasimah.


20
Doktor Samsi
Sriwana
Manuscript
Drama ini mengisahkan tentang Dr Samsi. Dr Samsi pernah membuat perhubungan dengan Sukaisih, seorang gadis kampung. Sukaisih tidak memberitahu Dr Samsi bahawa dia mengandung. Dr Samsi kemudian berkahwin dengan Sundari dan mendapat seorang anak yang dinamakan Sugiat. Pada suatu masa, Sukaisih dan Sundari telah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi anak mereka yang sakit. Oleh kerana ketiadaan wang, Sukaisih meninggalkan anaknya di hospital. Anak Sundari pula meninggal dunia tetapi dirahasiakan oleh Dr Samsi. Bayi Sukaisih diberi kepada Sundari yang menyangka bayi itu anaknya, Sugiat. Hanya Dr Samsi dan Leo yang ketahui perkara ini. 25 tahun kemudian, Leo datang berjumpa Dr Samsi untuk memeras ugutnya. Jika tidak dibayar, Leo mengancam untuk membocorkan rahasia Dr Samsi.


21
Nurul Hidayat
Hafiza Talib
Manuscript
Bangsawan Nurul Hidayat ini mengisahkan tentang percintaan di antara Tengku Shahrul Yazid (Tengku Mahkota) dan Siti Nasriyah. Tengku Mahkota telah meminang Siti Nasriyah. Walaupun Siti Nasriyah cinta padanya, dia terpaksa menolak lamaran Tengku Mahkota kerana kakaknya Siti Azifah masih belum berkahwin. Tengku Mahkota kecewa dan pulang ke istananya di mana dia diberitahu oleh ayahnya Tuanku Sahibul Yazam bahawa dia akan mengahwini Puteri Cahaya Khairani. Setelah bernikah dengan Tuanku Sahibul Yazam, Puteri Cahaya Khairani memfitnahkan Tengku Mahkota hingga dia dibuang negeri. Tuanku Sahibul Yazam dihumbankan di dalam penjara kerana Puteri Cahaya Khairani ingin merampas kuasa. Tengku Mahkota akhirnya dapat merampas kembali takhta ayahnya setelah dia menyerang kuncu-kuncu Puteri Cahaya Khairani. Dia kemudian menunaikan hajatnya untuk memperisterikan Siti Nasriyah.


22
Saksi
Sriwana
Manuscript
Mansur Zamani, seorang pemuda berumur 27 tahun telah terlibat dalam kes pembunuhan Nona Sontani. Kerana takut dituduh membunuh, Mansur ingin mendapatkan khidmat seorang peguam, ia itu Tun Hashim. Dapatkah Tun Hashim membela Mansur dari tuduhan membunuh?


23
Tajul Arifin
Hafiza Talib
Manuscript
Tuanku Sanggara, raja negeri Zamzahari, telah bermimpi dipatuk ular yang berbisa. Setelah merujuk kepada Nujum Diraja, Tuanku Sanggara mendapat tahu bahawa mimpinya ini adalah suatu alamat bahawa Tuanku Sanggara akan dihidap penyakit yang berpunca dari salah seorang anaknya, ia itu Tengku Tajul Arifin. Tuanku Sanggara dengan berat hati meminta anaknya supaya keluar negeri. Tengku Tajul Arifin kemudian menginap di hutan dan menimba ilmu dengan Pak Guru. Sekian lama menghilang Tengku Tajul Arifin akhirnya pulang negeri dan mendapat tahu bahawa ayahnya sudah menjadi buta. Tengku Tajul Arifin bertekad untuk mencari penawar bagi memulihkan penglihatan ayahnya.


24
Tragedi
Nadiputra, 1946-
Manuscript
Encik Ekhsan adalah seorang yang kaya dan murah hati, yang selalu didatangi orang-orang yang meminta bantuan. Malangnya bagi Encik Ekhsan, ada gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, yang ingin mengambil nyawanya. Siapakah di antara ahli keluarga dan perkerja-pekerja Encik Ekhsan yang tergamak berbuat demikian?


25
Tangkap angin
Teater Artistik
Poster
Poster ini memberi maklumat tentang persembahan Teater Artistik yang berjudul "Tangkap angin". Hasil karya dan arahan Fadhli Ramlee, drama ini dipersembahkan di Teater Artistik Black Box pada 30 dan 31 Mac dan 1 April. Butiran-butiran seperti harga tiket dan nombor untuk berhubung juga tertera di poster ini.


1,2,3,4,5,...Next >>