100 katadasar Bahasa Kebangsaan (1963) Ini adalah buku mengenai katadasar dalam bahasa Melayu. Buku ini bermula dengan seratus katadasar bersama ertinya dalam bahasa Cina, Tamil dan Inggeris. Terdapat juga empat-belas bab tentang katadasar seperti apa, siapa, berapa, mana, ajar, terima, duduk, tulis, baca, datang, beli dan lihat serta beberapa ayat-ayat sebagai contoh bagaimana perkataan-perkataan itu digunakan.