Aliman Hassan


Aliman Hassan atau nama penanya Lela Kencana dilahirkan pada 18 Januari 1932 di Padang Jeringau, Kallang Road. Menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja (1939-1946); dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim (1949-1951). Beliau lulus peperiksaan M.C.E (1966) dan H.S.C (1967). Aliman pernah menjadi guru, Penolong Pensyarah Bahasa dan Kesusasteraan Melayu di Maktab Perguruan Singapura dan mempunyai pangkat Senior Education Officer dan akhirnya Principal Education Officer. Beliau juga telah menyandang jawatan sebagai Guru Pelawat (1952-1955); Penolong Nazir Khas (Seni Lukis dan kraftangan) (1970-1974); dan Penasihat Khas (Bahasa dan Kesusasteraan Melayu) (1974-1980). Beliau bersara daripada Kementerian Pelajaran pada tahun 1987. Kemudian bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam Kanan di MUIS sehingga Januari 1989. Beliau menulis beberapa siri rancangan radio dan televisyen.

Aliman turut memegang beberapa jawatan dalam berbagai pertubuhan, antaranya; Setiausaha Kehormat SKGMS (1956-1960); Setiausaha Kehormat Asas 50 (1960-1963); Bendahari Asas 50 (1964); anggota Jawatankuasa KGMS (1965-1970);  Pengamanah KGMS (1983-1989); anggota Jawatankuasa Majlis Pusat (1967-1969); Pengerusi Tetap Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) (sejak 1983); anggota Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (1987-1989); dan anggota Jawatankuasa Masjid Kampong Siglap (sejak 1987).

Karya
Puncak sembilan. (1975). Singapura: Pustaka Nasional.
Singapore writing. (1977). Singapore: Society Singapore Writers.
Puisi-puisi Nusantara. (1981). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tiga warna bertemu: Antologi penulis-penulis Singapura. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekadar pengisi ruang: Bicara peribahasa, pantun pusaka dan puisi semasa tentang kisah dan telatah manusia. (1993). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Rhythms: A Singaporean millennial anthology of poetry. (2000). Singapore: National Arts Council.
Novel empat. (2002). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Saggan Budaya. (2007). Singapura: Angkatan Sasterawan '50,  2007. 

Pencapaian/Anugerah

1981 : Khidmat cemerlang dan khidmat lama SKGMS.
1985 : Pegawai yang paling berbudi bahasa MUIS (1983 1985); Sijil Penghargaan LBKM.
1985 : Pingat berkebolehan pemerintah Singapura.
1987 : Pingat Bakti Setia Pemerintah Singapura.
1987 : Jasawan guru KGMS.
1997 : Khidmat jasa setia SKGMS.
2001 : Anugerah Tun Seri Lanang MBMS.
2002 : Anugerah Pujangga UPSI.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 76-77). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.

Subject
Personalities>>Biographies>>Authors
Aliman Hassan, 1932- --Biography
Authors, Malay--Singapore--Biography
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature
nlbdltxmy:Sastera Melayu
nlbdltxmy:Sastera Melayu Singapura>>Penulis Melayu Singapura

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2007.