Masuri bin Salikun



Masuri bin Salikun atau lebih dikenali sebagai Masuri S N mempunyai nama pena Martina. Beliau dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau dan Geylang dari tahun 1933 hingga 1940. Beliau menjadi guru pelatih di Singapura hingga tahun 1946. Dari tahun 1946 hingga 1949, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sesudah lulus dari MPSI, Masuri pulang ke Singapura dan menjadi seorang pendidik, sementara pada sebelah malamnya mengikuti kelas bahasa Inggeris di Mercantile Institution dan C.Y.M.A. College. Jawatan terakhir beliau ialah guru besar sekolah rendah yang disandang dari tahun 1971 sehingga beliau bersara pada 12 Jun 1981. Sajak terawal beliau berjudul Ros kupuja dan Bunga Sakura terbit di Singapura pada zaman pendudukan Jepun dalam akhbar berita Malai, 5 September 1944. Beliau merupakan Ketua 1 Angkatan Sasterawan 50 dari tahun 2001 hingga 2005. Beliau meninggal dunia pada 6 December 2005.

Karya
Awan putih. (1958). Singapura: Geliga.
Lukisan rasa. (1960). Singapura: MPH.
Warna suasana. (1962). Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Sekitar sajak dan perkembangannya. (1965). Singapura: MPH.
Bunga pahit. (1967). Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Selagi hayat dikandung badan. (1970). Singapura: Pustaka Nasional.
Puisi moden. (1970). Singapura: Pustaka Nasional.
Pengakuan dan penglahiran seorang penulis. (1983). Kuala Lumpur: Adabi.
Dalam makna. (1984). Singapura: Badan Kesenian Melayu Singapura.
Singgah. (1987). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Puisi-puisi pilihan Masuri S. N. (1989). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dunia disebalik dunia. (1992). Singapura: Persama Enterprise.
Sebibir suara. (1998). Singapura: Persatuan Wartawan Melayu.
Kreativiti dan kemanusiaan dalam kesusasteraan. (1998). Selangor: Fajar Bakti.
Di luar dugaan. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mimpi panjang seorang penyair. (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suasana senja. (2003). Singapura: Angkatan Sasterawan 50. 

Antologi bersama
Puisi baru melayu 1942-1960. (1961). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sajak melayu baru 1946-1961 [Modern malay verse 1946-1961 (Dwibahasa)]. (1963). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.[cetakan ke 4 1969; cetakan pertama 1963].
Himpunan sajak. (1969). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Puncak sembilan. (1975). Singapura: Pustaka Nasional.
Singapore writing. (1977). Singapore Woodrose.
Puisi-puisi nusantara. (1981). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Puisi Temasik. (1981). Singapura: Angkatan Sasterawan 50.
Words for the 25th-readings by Singapore writers. (1990). Singapore: Unipress.
The fiction of Singapore. (1993). Singapore: Unipress.
Rhythms-a Singaporean millennial anthology of poetry. (1993). Singapore: National Arts Council

Pencapaian/Anugerah
1963
: Bintang Bakti Masyarakat (BBM); pemerintah Singapura.
1974 : Hadiah pertama JBHS: Esei sastera.
1979 : Hadiah pertama MP: Sajak.
1980 : S.E.A write award Thailand.
1990 : NBDCS first prize: Poetry.
1995 : Anugerah Tun Seri Lanang, MBMS.
1995 : Asean Cultural Award: Literature.
1995 : Anugerah sastera MBMS: Esei sastera puisi dan kemanusian - Mengapa penyair.
1995 : Anugerah pencapaian cemerlang Singapore muslim community: 50 tahun pencapaian persuratan.
1996 : Literary award Mont Blanc, Centre for the arts, NUS: Recognition for contribution to Singapore malay literature.
1997 : Hadiah Aastera MBMS: Esei sastera penulisan dan tanggungjawab kesasterawan.
2000 : Pingat Jasa Gemilang Pemerintah Singapura.
2002 : Anugerah Suluh Budiman UPSI.
2002 : Anugerah Dharma Bakti GAPENA.
2002 : Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan UPSI.



Sumber
Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz. (Ed.). (2005). Leksikon: Direktori penulis Melayu Singapura pasca 1965 (ms. 121-123). Singapura: Angkatan Sasterawan '50 & National Library Board.

Suryani Omar. (2005, December 7). Masuri S. N. meninggal dunia. Berita Harian, ms. 1.



The information in this article is valid as at 2005 and correct as far as we can ascertain from our sources. It is not intended to be an exhaustive or complete history of the subject. Please contact the library for further reading materials on the topic.

Subject
Writers
Poets--Biography
Language and literature>>Literatures>>Austronesian and Oceanian literatures>>Malay literature
Masuri S. N., 1927-2005--Biography
Sastera Melayu Singapura>>Penulis Melayu Singapura
Biografi
Award winners--Singapore--Biography
Authors, Malay--Singapore--Biography
Personalities>>Biographies>>Authors

All Rights Reserved. National Library Board Singapore 2008.